Ajk Pukeb




Sejarah Penubuhan

Perjumpaan bermula dengan Datuk Hasnor di auditorium seri negeri pada bulan mei 2008. Datuk Hasnoor merupakan orang yang bertanggungjawab memberi idea supaya menubuhkan satu persatuan yang boleh membantu dan membina rangkaian perniagaan dikalangan usahawan bumiputera. Beliau memberi contoh seperti persatuan cina walau sekecil mana perniagaan mereka ada persatuan kerana itu mereka kuat dan berjaya. Menurut beliau lagi berpersatuan menjadikan kita kuat dan dapat melakukan sesuatu dalam pasukan serta berkerjasama. Pada masa yamg sama jawatan pengerusi telah terpilih. Ada beberapa nama dicadangkan antaranya termasuk En Raja dan En Hj Zainal. Setelah perbincangan akhirnya sebulat suara bersetuju melantik En Hj Zainal sebagai pengerusi persatuan.

Pada tarikh 5 jun 2008 bertempat di aras 11 menara MITC, diadakan mesyuarat pertama yang bertujuan untuk perbincangan dan pemilihan ahli jawatankuasa bagi persatuan. Antara ahli jawatankuasa yang dilantik ialah bagi jawatan setiausaha ialah Pn Noryani, manakala bendahari Pn Fatimah Rashid. Manakala pemilihan serta perbincangan nama persatuan yang hendak dikenalpasti. Akhirnya tercetuslah idea ‘PUKEB’ merupakan singkatan bagi persatuan Usahawan Komuniti Ekonomi Bumiputera Melaka.

Persatuan ini hanya mewakili 7 sektor sahaja iaitu kedai urut tradisional dan spa,salun rambut, salun kecantikan, salun persolekan, pusat gim dan studio muzik, dobi, kitar semula serta besi buruk, tempat letak kereta dan motosikal, dan stesen minyak.

Pada 10 julai 2008 bertempat di aras 1 menara MITC, diadakan 1 mesyuarat bertujuan untuk melakukan perombakan jawatankuasa bagi jawatan setiausaha, hal ini berlaku kerana Pn Noryani telah menarik diri bagi jawatan tersebut disebabkan oleh hal-hal tertentu. Setelah perbincangan akhirnya sebulat suara bersetuju untuk melantik Pn Nor Aslinah sebagai setiausaha yang baru. Dan bagi jawatan timbalan pengerusi yang kosong pula telah diisi oleh En Omar. Memandangkan kehadiran yang tidak ramai, maka kesemua ahli yang hadir pada hari itu dilantik sebagai akj(8 orang). Pada mesyuarat kali ini juga dibincangkan halatuju pukeb, yuran keahlian serta cadangan pembinaan email persatuan.

Setelah hampir 9 bulan mesyuarat tertangguh kerana berehat pada bulan puasa dan hariraya, akhirnya pada 10 april 2009 bertempat di aras 1 menara MITC, diadakan mesyuarat pertama pada tahun ini. Pada mesyuarat kali ini En Naim telah menyerahkan kuasa persatuan kepada persatuan bagi merealisikan objektif persatuan dan pihak majlis hanya menjadi pemerhati dan penasihat bagi persatuan. Pada mesyuarat ini juga telah dibincangankan tentang borang keahlian, yuran dan sasaran ahli persatuan. Dan yuran keahlian ditetapkan Rm 50 ringgit seorang.

Pada 17 april 2009 juga bertempat di aras 1 menara MITC, diadakan pengedaran borang keahlian, juga perbincangan bagaimana untuk menjana kewangan persatuan serta perasmian pertubuhan persatuan setelah keahlian mencapai 30 orang ahli, memandangkan sambutan yang tidak menggalakkan daripada 7 sektor yang dipilih maka pengerusi mencadangkan agar lebih banyak sektor-sektor lain terlibat dalam persatuan.

Pada 15 mei 2009 juga bertempat di aras 1 menara MITC, diadakan mesyuarat kali ke 3 bagi membincangkan serta menetapkan alamat email serta kata laluan bagi email persatuan, pukebmelaka@yahoo.com telah ditetapkan sebagai alamt email persatuan. Pada masa ini persatuan mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran 20 orang ahli. Pada mesyuarat kali ini juga dibincangkan halatuju, keahlian, serta pengedaran borang keahlian.

Pada 15 mei 2009 bertempat di aras 1 menara MITC diadakan mesyuarat kali 4, dan pada kali ini mendapat sambutan yang mengalakkan, serta ramai muka-muka baru hadir untuk mengetahui maklumat dan objektif persatuan. Pada mesyuarat kali ini juga di Cadangkan membina bengkel industri andaman bumiputera, serta cadangan menubuhkan biro-biro dalam persatuan seperti biro kebajikan, biro pemasaran, biro pengiklanan, biro latihan dan pembanggunan perniagaan, biro aktiviti dan rekreasi.