SIDANG AKBAR BERSAMA BERITA HARIAN @ MELAKA HARI INI

TARIKH : 10 Disember 2009 ( Khamis )
MASA : 3.00 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Perbadanan Melaka Holdings ( PMH ), Melaka
SIDANG AKHBAR BERKAITAN : Pukeb Roadshow,
bertempat di bangunan Kota Fesyen Melaka
pada 26 @ 27 Disember 2009.
ANJURAN : Persatuan Usahawan Komuniti Ekonomi Bumiputera dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka.


:: Antara koleksi gambar yang sempat dirakamkan bersama...............................



 




:: SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN SUASANA........:)






PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERSATUAN

Pemenang Pertandingan

TEMPAT PERTAMA


Puan Nor Aslinah Binti Mohd Salleh


TEMPAT KEDUA

Encik Omar Bin Johari



TEMPAT KETIGA

Encik Raja Abdul Rahim Bin Raja Husin



Keputusan pengadil adalah muktamad...................

:: Antara koleksi gambar yang sempat dirakamkan di mesyuarat tersebut.










MAJLIS RUMAH TERBUKA PUKEB BERSAMA MTESB

Majlis ini ( HARI RAYA )diadakan di Mitc, bangunan Pknm (tingkat 11)
siapa-siapa yang hadir 2 kami ucapkan terima kasih kerana memeriahkan lagi majlis tersebut
Ini antara koleksi gambar yang sempat dirakamkan bersama.........:)























terima kasih daun keladi,
tahun depan kita buat lagi........:)

PUASA JANGAN X PUASA

puasa

PUKEB SEPAKAT GUNTING RAMBUT ANAK YATIM

TARIKH: 20 OGOS 2009 (KHAMIS)
TEMPAT: RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALAHUDIN,PANTAI PUTERI


Semperna menyambut bulan ramadan yang tiba persatuan usahawan komuniti ekonomi bumiputera melaka [pukeb] mengambil inisiatif menjalankan kerja-kerja amal untuk anak-anak yatim di rumah sultan salahudin di sini. Ahli jawatankuasa penganjur program berkenaan, Roslan Jantan berkata program berkenaan telah dijalankan bermula tahun lalu.
Menurutnya, seramai beberapa orang anak yatim leleki dan perempuan telah terpilih dalam aktiviti mengunting rambut itu bagi memastikan mereka sentiasa kemas dan bersih, lebih-lebih lagi ketika menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Program ini sangat digalakkan di kalangan ahli-ahli pukeb memandangkan aktiviti kebajikan bukan sahaja dapat membantu anak yatim, malahan dapat menambahkan pahala di bulan yang mulia ini.
la juga satu amalan yang sangat mulia, lebih-lebih lagi anak -anak
yatim ini kurang mendapat perhatihan dan kasih sayang daripada ibubapa.
Sekurang-kurangnya dengan kehadiran pukeb dapat menambah keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, ketua pembantu tadbir rumah anak yatim berkenaan
Maznah Abdol berkata, dia sangat berterima kasih kepada pukeb kerana sudi meluangkan masa mengadakan aktiviti di situ. Sudahlah diadakan secara percuma, malah anak-anak yatim itu juga turut diberikan cenderahati dan duit raya sebagai tanda kenangan.
Keprihatinan pihak-pihak seumpama ini sangat digalakkan pihak rumah anak-anak yatim kerana ia dapat membuktikan kepada penghuni berkenaan bahawa masih ada insan yang sayang pada mereka. Malah dengan cara itu juga anak yatim tidak terasa terpinggir walaupun tidak mempunyai ibubapa seperti insan-insan lain.









aktiviti menggunting rambut pelajar lelaki


























penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang rumah anak yatim




antara ajk pukeb yang hadir
















sessi bersalaman dengan anak-anak yatim











antara cenderahati-cenderahati yang diberikan

Terkini....

(12/08/2009)

PERHATIAN.....BERBAHAYA

INFO TERKINI (7 ogos 2009)

Jumlah kematian setakat ini 15 orang

INFO HINI

Apakah itu penyakit selesema babi?

HINI adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh sejenis virus baru yang terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.

Apakah tanda dan gejala penyakit?

Gejala awal jangkitan penyakit ini adalah deman, sakit tekak, selesema dan kadang kala muntah dan cirit-birit.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pasakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit atau tersebar ke udara. Seterusnya seseorang akan dijangkiti sama ada melalui penafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit

Bagaimana boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

-jauhi orang yang nampak tidak sihat, menghidap demam dan batuk
-kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
-elak menyentuh muka khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan dijangkiti
-jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang
sesak
-ketahui situasi samasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil
-amalkan cara hidup sihat dengan mendapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan
lakukan aktiviti fizikal