PUKEB SEPAKAT GUNTING RAMBUT ANAK YATIM

TARIKH: 20 OGOS 2009 (KHAMIS)
TEMPAT: RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALAHUDIN,PANTAI PUTERI


Semperna menyambut bulan ramadan yang tiba persatuan usahawan komuniti ekonomi bumiputera melaka [pukeb] mengambil inisiatif menjalankan kerja-kerja amal untuk anak-anak yatim di rumah sultan salahudin di sini. Ahli jawatankuasa penganjur program berkenaan, Roslan Jantan berkata program berkenaan telah dijalankan bermula tahun lalu.
Menurutnya, seramai beberapa orang anak yatim leleki dan perempuan telah terpilih dalam aktiviti mengunting rambut itu bagi memastikan mereka sentiasa kemas dan bersih, lebih-lebih lagi ketika menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Program ini sangat digalakkan di kalangan ahli-ahli pukeb memandangkan aktiviti kebajikan bukan sahaja dapat membantu anak yatim, malahan dapat menambahkan pahala di bulan yang mulia ini.
la juga satu amalan yang sangat mulia, lebih-lebih lagi anak -anak
yatim ini kurang mendapat perhatihan dan kasih sayang daripada ibubapa.
Sekurang-kurangnya dengan kehadiran pukeb dapat menambah keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan mereka.

Sementara itu, ketua pembantu tadbir rumah anak yatim berkenaan
Maznah Abdol berkata, dia sangat berterima kasih kepada pukeb kerana sudi meluangkan masa mengadakan aktiviti di situ. Sudahlah diadakan secara percuma, malah anak-anak yatim itu juga turut diberikan cenderahati dan duit raya sebagai tanda kenangan.
Keprihatinan pihak-pihak seumpama ini sangat digalakkan pihak rumah anak-anak yatim kerana ia dapat membuktikan kepada penghuni berkenaan bahawa masih ada insan yang sayang pada mereka. Malah dengan cara itu juga anak yatim tidak terasa terpinggir walaupun tidak mempunyai ibubapa seperti insan-insan lain.









aktiviti menggunting rambut pelajar lelaki


























penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang rumah anak yatim




antara ajk pukeb yang hadir
















sessi bersalaman dengan anak-anak yatim











antara cenderahati-cenderahati yang diberikan

0 ulasan:



Catat Ulasan