PERHATIAN.....BERBAHAYA

INFO TERKINI (7 ogos 2009)

Jumlah kematian setakat ini 15 orang

INFO HINI

Apakah itu penyakit selesema babi?

HINI adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh sejenis virus baru yang terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.

Apakah tanda dan gejala penyakit?

Gejala awal jangkitan penyakit ini adalah deman, sakit tekak, selesema dan kadang kala muntah dan cirit-birit.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pasakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit atau tersebar ke udara. Seterusnya seseorang akan dijangkiti sama ada melalui penafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit

Bagaimana boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

-jauhi orang yang nampak tidak sihat, menghidap demam dan batuk
-kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
-elak menyentuh muka khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan dijangkiti
-jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang
sesak
-ketahui situasi samasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil
-amalkan cara hidup sihat dengan mendapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan
lakukan aktiviti fizikal

0 ulasan:



Catat Ulasan